Monday, 25 January 2016

Op Cahaya Bena 1 1976. Joint Malaysia/Thai op in Southern Thailand.

My Diary
What was on my mind before the Operation.
OPERATION CAHAYA BENA 1 1976. SOUTHERN THAILAND. FACING A BIGGER AND BATTLE-HARDENED ENEMY.
I knew the enemy we were going to face were not the same as the enemies we encountered in Sarawak in 1973 who were mainly ill-trained and under-armed. In most encounters, they wouldn't stand and fight. They would exchange fire and then ran away to save their own skin and to live another day.
Chin Peng and his men, on the other hand, were battle-hardened, well trained in the art of fighting and would stand and fight. Remember they fought the Japanese in WW 2 in Malaya through the Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA)? Whilst the North Kalimantan Communist Party were poorly armed, Chin Peng's men were armed to the teeth, so to say. Most of their weapons were supplied by the British forces during the WW 2 and weapons they had confiscated from our Forces in ambushes. Based on past encounters, they were good shots as well. By knowing the jungles like the back of their hands, they surely were formidable adversaries.
I was excited and concerned as well. The fighting spirit of my ancestors in me were raring to go. But I must ensure we were fully prepared in mind as well as physically.
Soldiering had been my dream even when I was still schooling. Fanned by the stories of great bravery of my forefathers told to me in the folklores, I wanted to emulate them and their prowess in the battle fields. I had been dreaming of leading my men in battles. This was another chance for me to realise my dream. But I knew at the back of my mind, I could be killed. To me Death should not be dwelt on and talked about. It is something that will come to everyone. Just leave your fate in God’s hand. He will decide when you should go. I held on to this principle in all my operations and contacts.
From the intelligence report given us, the enemy strength in each sectors entrusted to the Rifle Companies were staggering - more than our own. Some places, even double our strength. My usual Company strength was about 80 as about 30 to 40% were either on leave or on courses. I was happy in this operation I had full strength - 120 men. On top of that I brought all my Company Support weapons - the 60mm Mortars, GPMGs and the M79 grenade launchers. I was fully armed.
I waited for the day to come. I and my men were ready for the big Operation in Southern Thailand.

Use of Night Vision Goggle for Night Patrols.





My Diary
USE OF NIGHT VISION GOGGLE FOR NIGHT PATROL.
Towards the end of the famous Operation Jala Aman in 1983 in RASCOM, I was called in to help find the elusive Iban CT, Ubong, who was said to have the power to disappear and reappear at any place at his will.
Ubong was said to be in the cordoned area by troops comprising all units including the non-combatants.
I brought with me four of my most trusted men - all Ibans and a Bidayuh (Sjn Lawan, Kpl Kaya, LKpl Lan PGB and Rgr Sinku my Batman). After a briefing in RASCOM HQ in Sibu I was inserted into my Area - the left bank of Batang Rejang in the vicinity of Sg Bawan. This area was known for its strong support for the CTs as most of the Chinese living in this area were related to the CTs.
I was given no compo rations as no cooking was allowed. So we bought food such as biscuits and tinned stuffs that could last us for two weeks. We were in civilian clothes and using Iban back packs. We hoped the disguise could give us the local image. My mission was to make a surveillance on a target house that belonged to one of the CTs. It was hoped that he would return for a visit.
I was given a night vision goggle to help me move and observe at night. It was a wonder, this gadget. I patrolled the area every night and I could see my way around almost as clear as daylight! The difference was of course the images were green in colour. The gadget emitted a high-pitch sound, heard only by the person who wear it.
Luck was not on my side. Two weeks later, we were withdrawn to Kanowit, where a week after that we caught two CTs at the Kanowit jetty with the cooperation of the SBPU team and Border Scouts.


The Return of a respected Communist Terrorist Leader to Society.

Ubong anak Nuing was a much respected and sought-after leader of a Communist Terrorist organisation in the 3rd and 4th Division of Sarawak. Military operations were unsuccessful to either eliminate or apprehend him. Only the untiring efforts of ACP Lawrence Lim finally brought him back to society. This the story of ACP Lawrence Lim written by Razza Willi.
===================================================================

Kepulangan Seorang Ketua Komunis Ke Pangkuan Masyarakat
Oleh : RAZZA WILLI

Pengenalan
Selama empat belas tahun dari tahun 1971 sehingga ke tahun 1985, ACP Lawrence Lim bertungkus-lumus dalam misi bersama pihak Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memujuk satu-satunya ketua Pasukan Rakyat Kalimantan Utara atau lebih dikenali dengan nama PARAKU yang berbangsa Iban, Ubong Anak Nuing, untuk keluar menyerah diri dari kawasan hutan dan kembali kepada pangkuan masyarakat.

Sebagaimana yang tertulis dalam diari mendiang ACP Lawrence Lim ini, beliau juga ingin berterima kasih kepada mendiang Datuk Ignitious Angking dan Encik Michael Pilo kerana membantunya sepanjang projek atau misi ini demi memastikan ia berakhir dengan kejayaan. Sokongan yang diberikan oleh CEO RASCOM merangkap Residen Sibu, Datuk Ignitious Angking dan Pegawai Distrik (District Officer/DO) Kanowit, Encik Michael Pilo dalam menulis beberapa surat dalam Bahasa Iban untuk diberikan kepada Ubong Anak Nuing dalam beberapa siri operasi rahsia yang digerakkan oleh Cawangan Khas semasa kempen menentang keganasan PARAKU. Walaupun secara umumnya, Ubong Ak. Nuing merupakan musuh, tetapi sebaliknya, Ubong dan ACP Lawrence Lim merupakan sahabat baik dan telahpun berkenalan dari awal tahun 1963 semasa ACP Lawrence Lim memegang jawatan sebagai Officer-In-Charge (OCP) Balai Polis Kanowit sebelum Sarawak memasuki Malaysia. Ubong Anak Nuing juga bergiat aktif dalam parti politik SUPP dan dipercayainya juga merupakan salah seorang daripada pengasas SUPP dan pengerusi SUPP Cawangan Kanowit.

Disebabkan oleh sifat anti-kolonial dan anti-Malaysia yang menebal dalam dirinya, pihak Cawangan Khas diketuai oleh ACP Lawrence Lim telah memberkas Ubong sebanyak tiga kali dari rumah panjangnya di Ulu Dap, Kanowit dan meletakkan Ubong di bawah tahanan. Selain daripada Ubong Anak Nuing, dua individu yang juga merupakan ketua SUPP berbangsa Iban bernama Kenawang (abang kepada mendiang Temenggung Datuk Banyang dari daerah Julau) dan Temenggung Ujang dari Sungai Katibas, Song juga turut diberkas oleh pihak Cawangan Khas pada tahun 1963 dan 1964.
Secara ideologikalnya, pihak Cawangan Khas dan ACP Lawrence Lim Eng Liong tidak bersetuju bahawa Ubong Anak Nuing merupakan seorang anggota malah menjadi ketua komunis yang hard-core walaupun telah bersama dengan pihak PARAKU selama 20 tahun berjuang di dalam hutan demi mengejar ideology komunis mereka. Menurut risikan pihak Cawangan Khas pada masa itu, Ubong Anak Nuing merupakan seorang bekas Iban Tracker yang pernah bertempur dengan pihak komunis PKM di Semenanjung Malaysia pada tahun 1950-an.

ACP Lawrence Lim yakin bahawa tindakan Ubong Anak Nuing memasuki parti SUPP yang pada ketika itu merupakan parti politik yang anti-kerajaan dan kemudiannya menyertai PARAKU mungkin didorongi oleh beberapa sebab tertentu dan beliau juga yakin bahawa dengan melakukan tindakan sebegini, Ubong Anak Nuing dan keluarganya dapat hidup aman tanpa dikesan oleh pihak polis mahupun pihak Cawangan Khas. Ketika berada dengan pihak Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) pula, Ubong Anak Nuing dilantik sebagai Timbalan Komander PARAKU dan dengan ini, pihak PKKU telah mengambil kesempatan untuk menggunakan Ubong sebagai media bagi mempengaruhi komuniti Iban di Sarawak untuk menyertai gerakan komunis PKKU dan PARAKU.

Misi Memujuk Ubong Anak Nuing Bermula…
Setelah mendapat maklumat risikan dari perisik-perisik Cawangan Khas PDRM pada masa itu, dua individu telah dikenal pasti bekerja sebagai pengiring rapat (bodyguard) kepada Ubong Anak Nuing yakni bernama Ling Kee Ching dan Yap Poh Koh. Selain itu, pihak Cawangan Khas turut dimaklumkan bahawa tentera PARAKU juga meletakkan Ubong di bawah pengawasan ketat kerana takut Ubong berpaling tadah dengan mereka dan kembali kepada pangkuan masyarakat. Dengan berbekalan maklumat risikan yang ada, ACP Lawrence Lim mengetuai sepasukan lima anggota Cawangan Khas memulakan persiapan dan urusan bagi memujuk Ubong agar keluar dari PARAKU dan kembali kepada pangkuan masyarakat. Memori yang akan berlaku pada 23 dan 24 Disember 1985 di hutan Ulu Katibas, Song itu bakal menjadi sebuah kenangan bersejarah yang mungkin tak ramai orang akan mengetahuinya.

ACP Lawrence Lim bersama dengan dua rakan sepasukannya iaitu Supt. Frederick Rengga dan Supt. Lau King Sing (difahamkan Supt. Lau King Sing hanya bertindak sebagai anggota penyokong bagi kumpulan memulakan perjalanan mereka ke daerah Ulu Katibas, Song setelah segala peralatan dan maklumat yang dibekali lengkap bagi mereka. Untuk tujuan keselamatan, mereka bertiga diikuti oleh tiga orang anggota juga dari Cawangan Khas yang bertindak sebagai pengiring rapat mereka sekiranya berlakunya serangan semasa proses rundingan dengan Ubong Anak Nuing. Tiga anggota tersebut adalah :
> Koperal Jampi Eugene
> Koperal Wilson Mergie
> Koperal Ngindang

Perjalanan melalui jalan darat ke kem kayu balak itu mengambil masa selama empat jam dan bergerak dalam suasana malam yang gelap-gelita dan sebelum itu, pasukan yang diketuai oleh ACP Lawrence Lim ini menggunakan jalan sungai dengan menaiki bot dari Kapit ke kem kayu balak yang dimiliki oleh syarikat W.T.K di daerah Nanga Lajan. Memandu di atas jalan kem kayu balak pada waktu malam dan diikuti pula dengan hujan lebat dan rebut petir sememangnya mendatangkan risiko dan bahaya kepada kumpulan mereka. Jalan yang digunakan pula berlumpur dan berbukit-bukau yang ketinggian bukit-bukau tersebut adalah dianggarkan setinggi 3000 sehingga 4000 kaki.

Seperti biasa dalam mana-mana misi, ACP Lawrence Lim membawa senjata Sterling 9mm sub machine-gun (SMG) dan membawa 100 butir peluru 9x19mm yang diisi penuh ke dalam empat kelopak magazine. Superintenden Frederick Rengga pula membawa senapang patah jenis Browning Shotgun sama seperti tiga orang anggota pengiring mereka. Hal ini adalah kerana kawasan hutan Ulu Katibas tersebut menjadi lubuk kepada babi hutan dan ini membawa kepada ancaman sekiranya mereka diserang binatang buas. Pemandu mereka yang juga merupakan pengurus kepada kem kayu balak WTK di Nanga Lajan pula bersenjatakan selaras senapang patah semi-auto Berette Shotgun yang baru dibelinya walaupun telah dinasihati oleh ACP Lawrence Lim agar tidak membawanya kerana takut dirampas oleh pengiring-pengiring Ubong.

Setelah empat jam perjalanan di bawah suasana tengah malam yang sunyi-sepi, akhirnya mereka sampai ke titik perjumpaan di Ulu Katibas, Song. Kawasan perjumpaan yang dipersetujui oleh tim Cawangan Khas ini dan pihak PARAKU terletak di atas sebuah bukit yang dikelilingi oleh pokok-pokok tinggi dan bertumbuhan tebal. Di kaki bukit tersebut pula mengalirnya dengan deras air sungai Batang Katibas, Song dan untuk pengetahuan umum, kawasan ini tidaklah jauh dari sempadan Kalimantan-Sarawak. Hanya cahaya gemerlapan yang menerangi lokasi tim ini pada malam mereka tersebut.

Sebagai langkah keselamatan, keenam-enam anggota pasukan ini telah berpecah kepada dua kumpulan di mana Supt. Frederick Rengga, Yee Hieng Liong dan ACP Lawrence Lim sendiri menjadi kumpulan A dan Kumpulan B pula dianggotai oleh Koperal Jampi, Koperal Wilson Mergie dan Koperal Ngindang. Keadaan dilaporkan sunyi-sepi pada malam itu namun begitu, dalam suasana sunyi itu, mereka sedar risiko yang bakal ditempuhi oleh pihak PARAKU dan pasukan Cawangan Khas ini sehingga sasaran mereka, Ubong Anak Nuing benar-benar muncul dan menyerah diri kepada pihak polis. Andai Ubong masih ingin meneruskan perjuangannya bersama PKKU, pasukan yang diketuai oleh ACP Lawrence Lim Eng Liong ini bakal berdepan dengan konfrontasi oleh pihak militant dan keenam-enam anggota ini akan dikepung dan dijadikan sebagai tebusan oleh pihak PARAKU. Sekiranya perkara ini berlaku, ia bermakna seluruh misi mereka membawa keluar satu-satunya ketua PARAKU yang berbangsa Iban itu menemui jalan buntu dan gagal. Malah, mereka mungkin akan dibunuh oleh tentera PARAKU di hutan Ulu Katibas.
Namun begitu, semangat tidak gentar pada musuh yang ada dalam diri setiap anggota Cawangan Khas ini Berjaya mengatasi ketakutan mereka andai mereka diserang oleh pengiring-pengiring Ubong. Hanya doa yang mengiringi misi mereka agar misi ini berjaya dan sebagai seorang ketua pasukan, ACP Lawrence Lim amat yakin bahawa misi ini akan berakhir dengan kejayaan tanpa berlakunya sebarang pertumpahan darah antara kedua belah pihak.

Disebabkan takut berlakunya sebarang insiden tidak diingini, tepat jam 0600 pagi pada tarikh 24 Disember 1985, Kumpulan B telah keluar melakukan tinjauan rapat ke atas beberapa kawasan panas PARAKU dan juga diarah untuk balik sebelum tengah hari manakala Kumpulan A yang terdiri daripada Supt. Frederick Rengga, Yee Hieng Liong dan ACP Lawrence Lim berada di khemah sambil menunggu maklumat-maklumat yang akan dibawa oleh Kumpulan B. Kira-kira sebelum jam 1130 pagi, kumpulan B telah balik untuk jamuan tengah hari. Mereka balik ke khemah dengan membawa maklumat di mana mereka telah terjumpa beberapa orang anggota komunis PARAKU di lereng bukit. Tiada sebarang pertempuran yang berlaku pada masa itu.

Sekitar jam 1330 tengah hari, pasukan Cawangan Khas yang diketuai oleh ACP Lawrence Lim ini telah mendengar beberapa bunyi seolah-olah seseorang sedang bergerak di dalam semak dan diikuti dengan bunyi orang sedang meredah semak-samun. Segalanya dipersiapkan dengan apa yang bakal berlaku, Kumpulan B siap dengan senapang patah mereka dihala ke arah bunyi tersebut itu datang manakala Supt Frederick Rengga dan Yee Hieng Liong berada di belakang ACP Lawrence Lim bagi menjaga posisi belakang pasukan. Sangkaan mereka ternyata benar sekali! Individu yang pertama mendekati pasukan mereka adalah Ling Kee Ching diikuti pula dengan Yap Poh Kok dan terakhirnya, Ubong Anak Nuing. Mengiringi mereka adalah sekumpulan tentera komunis PARAKU yang lengkap beruniform dan bersenjata. Berdasarkan diari yang tertulis oleh mendiang ACP Lawrence Lim Eng Liong, seramai 22 orang anggota termasuklah tujuh orang wanita telah mengekori Ubong Anak Nuing. Lima daripada anggota PARAKU tersebut bersenjatakan Bren Gun manakala tiga anggota membawa raifal tempur L1A1 Self Loading Rifle (SLR) dan selebihnya membawa raifal tempur biasa.
Anggota-anggota PARAKU ini dengan lantas mengepung pasukan dari Cawangan Khas ini dan memposisikan sentri-sentri mereka dengan dua orang anggota mengawasi ACP Lawrence Lim, Supt. Frederick Rengga dan Yee Hieng Liong. Dengan perasaan berani, ACP Lawrence Lim mara dua langkah ke hadapan dan mula berjabat tangan dengan Ubong Anak Nuing sambil memberi senyuman kepadanya. Setelah berjabat tangan, Ubong Anak Nuing memberitahu bahawa dia masih mengingati ACP Lawrence Lim Eng Liong sebagai sahabat lamanya dan telah lama tidak berjumpa. Stengun yang dibawa oleh Ubong diberikan kepada Yap Poh Kok dan bermulalah rundingan antara pihak Cawangan Khas dan PARAKU itu. Rundingan dan perjumpaan antara pihak Special Branch (Cawangan Khas) dan Ubong, Ling Kee Ching dan Yap Poh Kok berlangsung selama 3 jam di bawah pengawasan ketat oleh anggota-anggota PARAKU yang lengkap bersenjata. Pihak Cawangan Khas faham dengan risiko yang bakal mereka hadapi sekiranya rundingan ini menemui kegagalan. Semasa dalam proses rundingan dijalankan, salah seorang daripada tentera PARAKU yang mengiring Ubong Anak Nuing telah ternampak senapang patah yang dimiliki oleh Yee Hieng Liong. Akhirnya, senapang patah semi-auto dari model Beretta yang berlaras dua itu (double barrel) itu dirampas oleh pihak PARAKU.
Akhirnya, pada 24 Disember 1985 jam 1600 pada sebelah petang, misi ini menemui titik noktah. Ubong Anak Nuing berjaya dipujuk keluar dari Ulu Katibas, Song untuk kembali kepada pangkuan masyarakat oleh pihak Cawangan Khas. Anggota-anggota PARAKU lengkap bersenjata yang mengiringi Ubong Anak Nuing akhirnya memberikan salam perpisahan mereka yang terakhir dengan melaungkan “Mao Tze Tung! Mao Tze Tung!”. Anggota PARAKU ini tahu bahawa Pengerusi Mao telah meninggal dunia pada tahun 1976 dan dengan ini, mereka tidak melaungkan slogan “Hidup Pengerusi Mao!”. Koperal Jampi yang juga merupakan jurufoto kepada tim yang diketuai oleh ACP Lawrence Lim pula membalas laungan slogan anggota PARAKU tersebut dengan berkata “Hidup Dr. Mahathir!”. Dr. Mahathir yang sekarang ini bergelar Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu. Sebelum memulakan perjalanan keluar untuk balik ke Sibu, beberapa anggota PARAKU telah memberikan sedikit buah tangan berupa hasil hutan kepada kumpulan Cawangan Khas yang diketuai oleh ACP Lawrence Lim kerana telah memberikan layanan yang baik semasa proses rundingan dijalankan bersama dengan kini mantan ketua mereka, Ubong Anak Nuing.

Dalam perjalanan balik ke Sibu menaiki bot laju yang digelar Rajawali oleh ACP Lawrence Lim, mereka dan tiga orang anggota PARAKU ini sempat lagi berhenti di sebuah kem kayu balak yang turut dimiliki oleh syarikat WTK yang berpangkalan di Sibu di mana mereka disediakan dengan jamuan makan malam oleh pihak kem. Pada sekitar jam 2100 malam, mereka semua meninggalkan kem Lajan, Song dan kembali meneruskan perjalanan mereka untuk balik ke Sibu. Di bawah suasana gelap-gelita, masa tiga jam setengah diambil untuk sampai ke Sibu dari Kapit dan semasa perjalanan balik ke Sibu itu, Ubong Anak Nuing sempat berkongsi ceritanya dengan ACP Lawrence Lim dan memberitahu bahawa anaknya (juga merupakan seorang anggota PARAKU) mungkin akan keluar menyerah diri apabila tiba waktunya PKKU meletakkan senjata mereka kelak. Apabila sampai di Sibu (pada sebelah malam 25 Disember 1985), orang pertama yang menjemput kepulangan mereka di jeti bot di hadapan Ibu Pejabat RASCOM (Rejang Security Command) adalah Supt. Lau King Sing dan beberapa anggota juga dari Cawangan Khas.

Tuan Ignitious Angking yang memegang jawatan sebagai CEO RASCOM dan adiknya, Kolonel Dunstan Nyareng yang pada masa itu memegang jawatan PSO Military RASCOM merupakan insan terpenting yang pertama yang dimaklumkan mengenai kejayaan misi ini dan malah memuji ACP Lawrence Lim dan pasukannya untuk menyelesaikannya dengan cara rundingan tanpa berlakunya sebarang pertumpahan darah. Dengan itu, maka tercatatlah pada rekod sejarah Cawangan Khas dan RASCOM di Sibu mengenai kisah Ubong Anak Nuing, salah satunya ketua PARAKU merangkap Timbalan Komander bagi PARAKU II yang berbangsa Iban yang berumur 63 tahun pada masa itu untuk keluar menyerah diri dan kembali ke pangkuan masyarakat. Mengikuti beliau adalah dua orang pengiring rapatnya iaitu Ling Kee Ching dan Yap Poh Kok. Sememangnya, peristiwa ini yang bertarikh 24 Disember 1985 merupakan satu peristiwa yang bersejarah dalam catatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penutup
Biarpun Ubong Anak Nuing tidak lagi bergelar ketua PARAKU dan tidak lagi mengangkat senjata dan bergerak secara gerila di dalam hutan, namun politik masih lagi ada di dalam dirinya dan malah berjumpa dengan Yang Berhormat Datuk Celestine Ujang bagi mendapatkan nasihat daripadanya untuk membolehkan dirinya kembali bergiat aktif dalam dunia politik Sarawak. Namun begitu, YB Celestine menasihati beliau supaya meninggalkan kerana usia Ubong yang semakin lanjut.

Tahun 1990 menyaksikan Operasi Chienmeh dilancarkan bagi membasmi semua saki-baki komunis PARAKU untuk keluar menyerah diri dari hutan (termasuklah anak Ubong Anak Nuing yang bernama Sergen). Operasi ini yang dijalankan oleh pelbagai pihak dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Cawangan Khas dan RASCOM berjaya memberikan titik noktah kepada perjuangan PARAKU yang bermula sejak tahun 1963 lagi. Dengan termeterainya Perjanjian Damai antara pihak PKKU dan Kerajaan Malaysia pada tarikh keramat 17 Oktober 1990, anggota-anggota PARAKU kini telah cuci tangan dan kembali menjalankan hidup normal dalam pangkuan masyarakat. Tarikh 3 November 1990 menyaksikan segala senjata-senjata perang milik PARAKU dimusnahkan secara besar-besaran dan senapang patah milik Encik Yee Hieng Liong juga dikembalikan kepadanya melalui bantuan ACP Lawrence Lim yang segera mendapatkan bantuan dari Dato Rahim Nor, Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia pada masa itu dan timbalannya, Datuk Henry Chin yang mengarahkan Operasi Chienmeh untuk dilancarkan.
Secara umumnya, bekas-bekas komunis PARAKU di Sarawak haruslah bersyukur dan berterima kasih kepada Pengarah Operasi Negeri (State Director of Operation) yang juga merangkap Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, Tan Sri Datuk Patinggi Taib Mahmud yang kini menjadi Tuan Yang Terutama bagi negeri Sarawak kerana diberikan peluang untuk memulakan hidup baharu mereka dalam masyarakat.

Return of Ubong sperti yg ditulis dlm diari pak cik sy, SAC Lawrence
 — with Hj Robert Rizal Abdullah.

Wednesday, 19 August 2015



SARAWAK RANGERS.
Formed by Charles Brooke in 1862, who later was to become the second Rajah of Sarawak. Mooted by Charles Brooke that to kill Dayaks he must use the Dayaks themselves. It became the nucleus of every military expeditions he mounted against the rebellious and warring Dayaks.
However, due to the financial constraint he faced during the 1930 Great Economic Recession, Sarawak Rangers was disbanded on 29 February 1932. Some of the personnel were absorbed into the Sarawak Constabulary.
From hereon, there was not much records about the activity of Sarawak Rangers.
It was said that in December 1941, Sarawak Rangers was re-raised to help in the defense of Kuching and Miri. As we knew, the might of the Japanese Army was too overwhelming. The defence of Kuching and Miri collapsed and members of Sarawak Rangers retreated into their long houses. These personnel, however, did help the Australian forces in harassing the Japanese during their occupation of Sarawak.
Sarawak was liberated on 11 September 1945 and again members of the Sarawak Rangers went back into their long houses.
On 16 June 1948, Malaya declared the Emergency. Seven weeks later, on 8 August 1948, a group of 49 Iban Trackers were sent to Malaya to help the Commonwealth Forces in fighting the insurgents. The para-military Iban Trackers proved to be very successful and on 1 January 1953, it was reformed into two platoons of Sarawak Rangers (Malayan Unit). By then, some 1200 Ibans had served and seen actions in Malaya. General Templar had called them the best trackers in the world.
The British Army was so impressed that it decided to take in Sarawak Rangers (Malayan Unit) as part of the British Army on 1 April 1960 and renamed it as Sarawak Rangers (Far East Land Forces). However, on 15 September 1963, it was disbanded and on the day Malaysia was born on 16 September 1963, some 100 of the former members of Sarawak Rangers volunteered to join the new First Battalion The Malaysian Rangers. The rest went home to their long houses, for reasons known to themselves.
For twelve years of fighting, the Iban Trackers and Sarawak Rangers suffered amazingly low casualties, bearing in mind that they were always infront of any patrols. They suffered 20 KIA and 25 WIA. Their achievements spoke of their prowess in battles - 1 George Cross (civilian equivalent of the Victoria Cross), 1 George Medal (equivalent to our PGB), 1 Military Medal, 1 BEM, 19 Mention-In-Despatch and 21 Commander-In-Chief Certificates. If only the Iban Trackers had been fully recognised as a full-fledged military unit, it could have been eligible for more awards that were offered to military units.
It was not the end for Sarawak Rangers. Some joined the Police Force to continue their service to the country. During the Confrontation with indonesia they were formed into Border Scouts to provide the much-needed service to the Armed Forces.
Malaysia would have all to gain if this elite Unit was retained as one entity. Perhaps, it is not too late to have a rethink on this matter. Let's discard suspicions, political antagonism and jealousy if we want to move forward and have the best of the best for the nation.
Note: The picture below: On the top was the 1st platoon of Sarawak Rangers and on the bottom was the 2nd platoon, when they were reformed on 1 January 1953.
MY LIFE LONG AWARDS AND MEDALS
These awards and medals are all I have to show for my 25 years of career with the Malaysian Rangers/Army and during my retirement to date.

L to R:  Kesatria Angkatan Tentera (KAT), Panglima Gagah Berani (PGB), Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB), Pingat Perkhidmatan Am (PPA), Pingat Jasa Malaysia (PJM), Pegawai Bintang Sarawak (PBS), Pegawai Bintang Kenyalang (PBK).

Academically I have:  Passed Staff College (psc), Diploma in Creative Writing, Masters in Strategic Study from UPNM.

Thank you Allah s.w.t for bestowing me these awards and medals. I am thankful and proud to have them.






Wednesday, 12 August 2015

WARRIORS DAY CELEBERATION 31 JULY 2015 IN KUALA LUMPUR.

After a long lapse of time, finally all (almost) the PGBs were called to attend the function organised by the Police, this time. Missing were the SPs and the PTUs.
We had a baca yassin, tahlil and doa selamat a day before at Masjid Negara, a parade and a demonstration by the policemen depicting some incidents of the past and a hari raya gathering at night. The Warriors Fund launch was done separately at Royal Chulan.

We were accomodated at Priemeria Hotel for 3 nights.

                          L to R:  Capt Panir PGB, me, Sgt Dajai PGB and Kpl Unggek PGB.

                                                       Sarawakian PGBs. Breakfast.
                                                                 Bajau and wife.


                                                 All the PGBs that came for the function.


                                 Mej Hanapiah PGB, me, Dato Abd Rahim PGB & a friend.

Monday, 10 August 2015

MY ROOT / FAMILY TREE.

The Beginning
     I never knew I'm an Iban Kantuk. All along I thought I am a Balau.

     Some of the Ibans from the Kapuas River Basin in Kalimantan Indonesia had migrated to the ferile lowlands in Sarawak across the mountain ranges that divide both countries in approximately 17th Century. Great Grandfather Jagar's parents came from the Malawi District in Kalimantan. By calculating the number of generations he has now, it is estimated that Great Grandfather Jagar's parents must had migrated to what is now Lachau today in the early 18th Century, well before the White Rajah, James Brooke came to Sarawak on 15 August 1839.

     The Ibans were said to be nomadic then. Perhaps during those early years they were still trying to find a suitable place to settle in. Then came the day they were tired of moving from one place to another and decided to stay put in what is Lahau today. Most probably by then, farming and planting of crops had tied them down.

     When Great Grandfather Jagar reached manhood, he was looking for a wife. He soon found out about one "anak umbong" - a virgin who was never allowed to step on the ground. She stayed at the highest part of the long house called "perabung" which was only reachable by seven very long ladders. She had seven maids who bathed, fed and clothed her.

     Great Grandfather Jagar lept to Malawi in one single bound, wrapped Great Grandmother Pandak in an Iban "pua kumbu" and flew with her to Lachau. They eloped.

     Great Grandmother Pandak gave birth to three children - all daughters, my mother Lenya, Entaya and Lilik. Mother married my father Langi and they had 8 children. Three, however, died of unknown ilnnesses. The eldest is my brother Upi, followed by sisters Impo and Jentang. I, Madang (Robert Rizal Abdullah) was next and brother Linggir was last.

Great Grandfather Jagar
     Great Grandfather Jagar was said to be a great and fearsome warrior who had special magical powers. He could fly and he could leap great distances in one single bound. That was what he did when he eloped with Great Grandmother Pandak from Malawi to Lachau.

     When his enemies, far and near, heard Jagar had settled down in Lachau, they dared not make any attempt to wage war on Lachau. Since then, Lachau had been at peace. Even during the Japanese Occupation period, Lachau was never touched by the Japanese atrocities and cruelties.

     Today, 200 years later, the Jagar clan had multiplied and expanded to many other parts of Sarawak and other parts of the world. To date there are five generations scattered throughout Sarawak and Semenanjung Malaysia.

     In line with the Country's modernisation and development, Jagar's offsprings also had been keeping abreast with with it. Amongst them, we have policemen, soldiers, government servants and some are working in the private sectors. Many are now highly educated with degrees and doctorates. Many in the Army or Police have taken to the warrior spirit of Great Grandfather Jagar. Some had shown great courage in battles with the Communist Terrorists who had tried to take over the Country. Some had been awarded with the country's bravery medals for their courageous feats.

Great Grandmother Pandak
     Not much was know about Great Grandmother Pandak. She was said to be an "anak umbong" - a very special lady who was brought up in a special way. She was never allowed to set foot on the ground now see the bare sunlight. She stayed at the highest part of a long house called "perabung" which was only reachable by seven very long ladders. Seven maids looked after all her needs. They bathed, clothed and fed her. Indeed, she must had been the daughter of a king or sultan there to having received such a special treatment.

     Basing on her three daughters, Great Grandmother Pandak must had been a very fair-skinned lady, Chinese-looking, gentle and kind. Some of us had taken that appearance and that is why we are often mistaken to be Chinese. I doubt she could be a woman of temper. Patience and hardworking would be some of her characters.

My Family Tree

A.   Jagar  +  Pandak
A1.   Tinsong (m).                                         )
A2.   Wot (m).                                               )
A3.   Gam (m).                                              )      1st Generation
A4.   Ganin (M).                                           )
A5.   Lentak (f). In Sebemban.                     )
A6.   Chalengga (f). In Gayau.                     )

A1.   Tinsong  +  ?
         5 Children.

A2.   Wot   +   ?
         7 Children.

A3.   Gam   +   ?
         6 Cildren.

A4.   Ganin   +   ?     (My Grandfather)
A4.1.  Lenya (f)                                                )
A4.2.  Entaya (f)                                               )     2nd Generation
A4.3.  Lilik (f)                                                  )

A4.1.  Lenya  +  Langi.
A4.1.1.  Upi (m).                                                 )
A4.1.2.  Impo (f).                                                )
A4.1.3.  Jentang (f).                                            )    3rd  Generation
A4.1.4.  Madang (Robert Rizal Abdullah) (m).  )
A4.1.5.  Linggir (m).                                           )

A4.2.  Entaya  +  Chundang.
           5 Children - 2 male 3 female.

A4.3.  Lilik  +  Lidang.
           5 Children - 3 males 2 females.

A4.1.4.  Madang @ Robert Rizal Abdullah  +  Raja Noriah Bt Raja Shahrom.
A4.1.4.1.  Puteri Azlin (f).                                   )
A4.1.4.2.  Megat Farril (m).                                 )    4th Generation

A4.1.4.1.  Puteri Azlin  +  Mohd Rosli Yusof.
A4.1.4.1.1.  Megat Sufi Aniq (m)                        )
A4.1.4.1.2.  Puteri Nurin Aisya (f)                      )    5th Generation

A4.1.4.2.  Megat Farril  +  Yushanida Yusof.
A4.1.4.2.1  Megat Haziq Nazmi (m).                  )
A4.1.4.2.2. Puteri Liyana Attira (f).                     )  5th Generation
A4.1.4.2.3. Megat Airril Hakimi (m).                  )